welc0me t0 my blog!

Thursday, December 2, 2010

kEsemBuhan itu Milik ALLAH ^_^

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~
apa khabar blog ku ini?
kawan kawan ana di luar?
sihat kah anda?
harap harap sihat..

kalau x sihat, jgn merungut ya?
kerana sakit itu hanya ujian kecil dari ALLAH
kerana?????????
x baik..
semua itu dr ALLAH~

siapa di kalangan rakan rakan ana ni yang xpernah sakit?
angkat tgn..!
eh2.. ana x nmpak la..
mmg la....
mana boleh insan di dunia ini x sakit?

sebab ALLAH nak uji kita..
Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. 
Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya


Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.Namun, kita tidak boleh lari dari penyakit yg tiada ubtnya iaitu mati.


seperti ayt ini >>>>
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]



Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.



Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? 
Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.

::::::..........................................::::::

pesanan penaja: Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

amin ^_^

Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

4 comments:

  1. betul tu...Allah yg memberi sakit dan die jgk yg akan menyembuhkannya...smga nana cpt sembuh....
    =)

    ReplyDelete
  2. betul..
    Allah uji sikit je tu.
    yey, kakak kuat! :)

    ReplyDelete
  3. shera: yupp.. hu3..
    tengs~

    dany: ngeh3~ bewtol!! ha3

    ReplyDelete