welc0me t0 my blog!

Monday, March 14, 2011

Qada & Qadak Allah

ASSALAMUALAIKUM, apa khabar kawan-kawanku di luar sana?
 ana ada terbaca artikel di iluvislam.com.. 
Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah kan??

bagi yg x tahu atau terlupa, meh ana ingatkan..
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:


----->

Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)

hmmm... Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini.
 Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. haaa... Dunia adalah jambatan ke akhirat. maka, kita kena Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar.
 Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. betul x kawan kawan? ^__^
Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. contojnya, Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. 
Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji. ^__^

Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya. :))

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

jadi, jikalau kita selalu diuji, jgn cepat mengeluh. kerana ALLAH sedang menguji iman kita.. tetapkan pendirian, memperbykkn berzikir, mengingati ALLAH.. ^_^ 
sekian~

No comments:

Post a Comment